Zaman ekonomi gawat ni kalau nak beli benda murah pun kena fikir dua atau tiga kali. Tapi kalau anda rasa benda yang anda nak belanjakan tu penting, beli sahaja jangan rasa membazir. Benda ni boleh dikaitkan dengan benda penting seperti phone. Bil phone dah jadi antara bayaran bulanan yang anda wajib bayar.
Tapi bila fikir balik, berbaloi ke bayar bil phone mahal-mahal.. Padahal dalam plan internet hanya 5GB je. Pakai sampai tak cukup sebulan pun dah nak habis. Takpe, jangan risau kali ni kami kongsi kan cara berguna untuk berjimat walaupun anda dah kurang duit beli phone mahal.. Huhu
1) Pertama, buat survey dulu!
Haa.. Pertama sekali apa yang anda perlu buat adalah survey dulu talian/line mana yang menawarkan plan terbaik. Biasa lah, ada yang mahal dan ada juga yang murah.
Kalau mahal tapi coverage macam haprak tak guna juga kan? Bayar mahal-mahal servis hampeh. Jadi pastikan buat survey dan selidik betul-betul sebelum buat keputusan.
2) Buat call bila perlu
Nasib baik lah abam ni bukan jenis suka bergayut. Tapi ada seorang kawan abam ni memang asyik bergayut je. Lagi-lagi bila dah ada kekasih hati ni. Makin teruk penyakit ‘gayut’ dia tu. Lepas tu hujung bulan bil dah keluar mula la merungut bil melambung naik dan macam-macam lagi lah.
3) Jangan guna internet terlebih quota.. Nanti merana!
Sekarang ni data internet sebanyak 5GB pun memang tak cukup. Dah guna untuk instagram, Facebook, Twitter, Snapchat, Waze dan macam-macam lagi. Baru je setengah bulan dah 80% quota dah guna. Bila terlebih guna nanti kena bayar lebih dari plan yang kita subscribe pual. Haihh dilema dilema.
4) Pastikan cellular data anda ditutup
Kami rasa ada antara anda di luar sana yang masih belum tahu pasal rahsia ni. Pastikan anda cellular data anda dalam mode ‘off’.
Nak tahu sebab apa? Walaupun anda guna Wifi di rumah anda, charge untuk data internet masih digunakan lagi. Jadi kalau nak selamat, caranya ‘off’ cellular data dan guna sahaja wifi. Fuhh.. Selamat data internet abam.. Hehe
Sumber : ohbulan
ADS HERE !!!